part 3 pengalaman temuduga tentera darat 2020
part 3
okay sambungan pengalaman yang paling memalukan bila mana kami 10 orang yang tulang belakang bengkok ni masuk dalam satu bilik. Dalam bilik tu kami disuruh tanggal baju seluar hanya pakai baju dan seluar dalam sahaja.(maaf bukan lucah tapi realiti pengalaman aku) memang semua malu la muka masing masing merah padam. Semua tengah loading nak tanggal ke tak, pegawai tuh suruh cepat dan kami pun tanggallah. memasing kena hadap dinding so takda siapa la boleh tengok badan orang lain hahaha. then lepas tu dia suruh tonggengkan bontot tarik seluar dalam nak cek ade buasir ke tak haaha malu siot, nak taknak buat jugak la.
Dah settle masing masing pakai baju seluar dan tertanya tanya adakah kami ni masih diterima nak join army sedangkan kami dah dapat cop GAGAL kat borang tu. So rupanya tak dapat dan sampai sekarang aku tak puas hati dan masih tertanya tanya kenapa diorang suruh buat semua tu sedangkan kami dah gagal haahah terasa agak tercalar maruah kami ceh.
So kami terpaksa pulang ke dewan yang kami kumpul awal pagi tadi untuk diberitahu secara formal bahawa kami gagal. kawan kawan sekali yang tak dapat tu ada yang menangis, aku pun tahan gak sampai berair mata, nak call family datang ambik pun rasa serba salah sebab dah tentu siapa yang balik awal tak dapat huhu. Sedih sangat sebab tak sempat nak lari sedangkan aku dah buat persiapan stamina setiap hari hampir 5 bulan. Tapi ada rezeki lain in sha allah. so sampai di situ saja pengalaman aku nak join army. Tapi! semangat aku tak putus weyh, aku join navy pulak. Jom ikuti pengalaman aku nak join navy. sebelum tu bagi sesiapa yang nak tahu sebab sebab kena reject nak join Tentera darat ni, aku post kat sini - sebab sebab gagal Temuduga tentera darat.
tq geng
Labels: pengalaman, tentera darat
1 Comments:
sumpah best bace
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home