Thursday, July 16, 2020

part 3 pengalaman temuduga tentera darat 2020

part 3

okay sambungan pengalaman yang paling memalukan bila mana kami 10 orang yang tulang belakang bengkok ni masuk dalam satu bilik. Dalam bilik tu kami disuruh tanggal baju seluar hanya pakai baju dan seluar dalam sahaja.(maaf bukan lucah tapi realiti pengalaman aku)  memang semua malu la muka masing masing merah padam. Semua tengah loading nak tanggal ke tak, pegawai tuh suruh cepat dan kami pun tanggallah. memasing kena hadap dinding so takda siapa la boleh tengok badan orang lain hahaha. then lepas tu dia suruh tonggengkan bontot tarik seluar dalam nak cek ade buasir ke tak haaha malu siot, nak taknak buat jugak la.

Dah settle masing masing pakai baju seluar dan tertanya tanya adakah kami ni masih diterima nak join army sedangkan kami dah dapat cop GAGAL kat borang tu. So rupanya tak dapat dan sampai sekarang aku tak puas hati dan masih tertanya tanya kenapa diorang suruh buat semua tu sedangkan kami dah gagal haahah terasa agak tercalar maruah kami ceh.

So kami terpaksa pulang ke dewan yang kami kumpul awal pagi tadi untuk diberitahu secara formal bahawa kami gagal. kawan kawan sekali yang tak dapat tu ada yang menangis, aku pun tahan gak sampai berair mata, nak call family datang ambik pun rasa serba salah sebab dah tentu siapa yang balik awal tak dapat huhu. Sedih sangat sebab tak sempat nak lari sedangkan aku dah buat persiapan stamina setiap hari hampir 5 bulan. Tapi ada rezeki lain in sha allah. so sampai di situ saja pengalaman aku nak join army. Tapi! semangat aku tak putus weyh, aku join navy pulak. Jom ikuti pengalaman aku nak join navy. sebelum tu bagi sesiapa yang nak tahu sebab sebab kena reject nak join Tentera darat ni, aku post kat sini - sebab sebab gagal Temuduga tentera darat. 

tq geng




Labels: ,

pengalaman temuduga tentera darat part 2

PART 2 
PENGALAMAN TEMUDUGA TDM 



okay ni sambungan blog yang sebelum ni, bila dah lepas temuduga awal dan dapat borang online, korang lengkapkan betul betul apa yang diorang minta sebab dalam tentera ni strict, bayangkan pergi iv jauh jauh tetiba kena tolak macam tu ja,contoh lupa nak minta cop penghulu, kan rugi. 

Dalam temuduga ni korang akan dinilai dari segi kesihatan, dan ketahanan fizikal, so korang sepatutnya dah buat persediaan stamina, jog sebab akhir temuduga ni dia akan suruh kita lari 2.4 km dalam masa 16 minit, tapi! memang ramai yang tak boleh habiskan larian dalam masa tu, so apa yang korang kena buat adalah stay maintain lari, jangan jalan! lari la pelan pelan pun macam anak itik hahha, in sha allah korang akan lepas. 

okay balik cerita awal awal, dia akan belek borang then beratur cek  kesihatan. first diorang tengok telinga untuk pastikan tiada penyakit macam kudis gatal ka, lepas tu dia akan suruh buka kaki nak tengok flat ataupun tak, so ni termasuk dalam sebab sebab kena reject yang akan aku cerita dalam next post. lepas tu ini yang aku paling takut, dia akan cek penglihatan pulak, aku dah la rabun hahaha so aku intai intai la huruf sementara kawan kawan lain tengah buat, hafal weyh haha nasib lepas mantul!

then tiba masa cek tulang belakang pulak, hmm yang ni sedih sebab perjalanan aku terhenti kat sini. tulang belakang aku bengkok mungkin sebab time x-ray haritu aku tak berdiri tegak tegak, so tips korang time x-ray tulang belakang, minta doktor tu betulkan kedudukan kita supaya tulang belakang tak bengkok. aku pun tak tahu apa time aku dapat result x ray tuh tulang belakang bengkok sebab first time en, so memang ramai kena reject sebab tulang belakang bengkok, kami nak minta peluang pun tak dapat.
 
TAPI! perjalanan masih belum tamat hahaha, lepas dah cek tulang belakang, kami dalam 10 orang yang tulang belakang bengkok ni masuk dalam satu bilik. Part ni paling best dan memalukan hahaha, so aku akan cerita tentang pengalaman paling memalukan ni dalam part 3! stay soon gurls












Labels: ,

Wednesday, July 15, 2020

PENGALAMAN PEMILIHAN TENTERA DARAT 2020


PEMILIHAN TENTERA DARAT 2020 

(gambar aku yang tangkap,cantikkan haha, ni time interview tentera laut)

Hi gurls, mesti ade yang minat nak jadi tentera kan? ataupun zaman sekarang susah nak dapatkan pekerjaan, so korang rasa ini jalan pintas nak dapatkan kerja dalam sektor kerajaan sebab nak dapatkan pelbagai benefit. itu memang tak boleh disangkalkan hahaha, tapi aku memang minat dalam kerja beruniform ni hehe so tak nak borak tentang aku banyak sangat, meh sini baca tentang pengalaman aku nak join army 👊.

PART 1

So baru baru ni tentera darat ada buat pengambilan baru dalam bulan januari 2020, bukan senang okay nak tunggu pengambilan ni, aku tunggu hampir 5 bulan sebelum mereka buat temuduga secara terbuka. aku tinggal di perak dan temuduga di ipoh, aku sampai lambat sebab jauh gila rumah dengan tempat tu ambil masa dalam 2 jam lebih hahaha, sampai sampai je terkejut juga la ada dalam 300 lebih perempuan yang join dan lelaki ramai gila. aku antara yang lambat sampai tapi buat muka rilek ja la haha. penat weyh walaupun duduk saja tunggu giliran, bayangkan mula jam 8 pagi dengar ceramah apa semua dalam 12 tengah hari baru berganjak dari tempat duduk kat padang tuh wuhh. 

first diorang cek adalah tinggi berat dan bmi, maaf cakap la kalau korang tinggi 156 cm ke bawah jangan la pergi, korang akan ditolak mentah mentah kat situ ahahah, kawan aku sorang tak lepas sebab tinggi dia 155cm, bayangkan 1 cm je lagi dia tolak, dalam tentera ni memang tak ada lembut lembut weyh, sepanjang temuduga tuh pegawai jerit sesaja. 

then dah lepas semua kat atas cukup syarat tu korang boleh agak dah layak ke tak ke peringkat akhir dan temuduga seterusnya dalam bulan mac dan korang kena jugalah cek nama kat website tentera, lama woi tunggu buatlah kerja sambilan ke apa. temuduga akhir ni la yang sebenar nak layakkan korang masuk training rekrut. so tunggu sambungan cerita pemilihan tentera part 2 . thanks gang 







Labels: ,